05 July 2011

Club Proton Savvy





SEJARAH PENUBUHAN SAVOC
Proton telah melancarkan Proton Savvy pada 8 Jun 2005, 2 minggu sesudah Perodua MyVi dilancarkan. Pelancaran kedua-dua buah kereta ini menimbulkan pelbagai kritikan dari rakyat Malaysia, terutamanya pada Proton Savvy; jumlah tempahan Perodua MyVi yang sangat besar berbanding Proton Savvy jelas nyata menunjukkan pendapat sebahagian besar pengguna. Namun begitu, Proton Savvy tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri – yang mahukan kereta yang sedap dipandu, kecil, jimat minyak, mampu-milik, sporty dan selamat.VOC Setelah 3 bulan Proton Savvy dikeluarkan, En. Chin Khim Foh telah mengasaskan SAVOC ( SAVvy Owner Club ) di portal Yahoo Group pada 9 September 2005. Beliau adalah antara pemilik Proton Savvy keluaran pertama. Tujuannya membuka group tersebut adalah demi berkongsi pengalamannya dengan pemilik Proton Savvy yang lain tentang kereta kesayangannya itu, memandangkan Proton Savvy adalah sama sekali berlainan dengan kereta-kereta yang pernah dikeluarkan oleh Proton sebelum ini. Dek kerana semakin ramai pemilik Savvy mendaftarkan diri dengan group tersebut, maka laman web forum www.savoc.net telah didirikan dengan bantuan beberapa orang ahli SAVOC iaitu En. Chin sendiri, tobyboy, HUZA (NagaFly), neurra, tyhii, toritori, Mb_321, peeps, Amin dan Pezzo. Matlamat laman web ini adalah untuk manampung lebih ramai ahli kelab di bawah satu bumbung yang lebih besar, agar dapat berkongsi masalah, idea dan kisah suka duka mereka bersama Savvy. Laman ini terbuka kepada pemilik dan juga peminat Proton Savvy berpandukan pada motto Friendship Ideas Solution – membina jalinan persahabatan dengan semua pemilik Proton Savvy; menyalurkan idea, cadangan dan pendapat yang boleh memantapkan kereta kesayangan; mencari penyelesaian dan membantu mengatasi masalah-masalah yang dihadapi pemilik pada kereta mereka. Logo SAVOC yang digunapakai sehingga kini direka oleh peeps sendiri.Laman web www.savoc.net mendapat sambutan baik dari pemilik dan peminat Proton Savvy seluruh Malaysia, memandangkan keahliannya adalah percuma dan tidak mengenakan syarat yang ketat untuk menyertai kelab. Malah ia dikunjungi pemilik Proton Savvy dari luar negara selepas kereta tersebut dilancarkan ke luar negara seperti United Kingdom, Australia dan Singapura.

Banyak permasalahan dan penyelesaian dikongsi bersama. Perjumpaan-perjumpaan kecil dan besar sesama ahli juga turut diadakan untuk mengenali dan merapatkan silaturrahim antara ahli. Nyata masalah umur, bangsa, pekerjaan dan taraf hidup langsung tidak menjadi isu sebaik saja ahli kelab bertentang mata kerana mereka sama-sama mempunyai satu PERSAMAAN – mereka sama-sama menyayangi Proton Savvy.Tidak lama kemudian, pada 9 Januari 2006, versi web mobile iatu http://mobile.savoc.net dilancarkan dikhususkan kepada ahli-ahli yang tidak dapat berada di depan komputer sepanjang masa, dan mahu mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di dalam laman www.savoc.net.VOC NRUSemakin lama, jumlah ahli kelab SAVOC makin bertambah di seluruh tempat dan negeri di Malaysia. Perjumpaan atau TT diadakan setiap minggu membincangkan hal-hal berkaitan kereta kesayangan di kawasan masing-masing. Memandangkan kebanyakan aktiviti luar Kelab SAVOC banyak tertumpu pada kawasan Lembah Klang (Central), ahli-ahli SAVOC di utara tanah air telah berpakat untuk menubuhkan SAVOC cawangan Utara atau lebih dikenali Northern Region United (NRU) pada 5 Februari 2006, untuk memudahkan aktiviti kelab di kawasan tersebut dijalankan. Mereka bergiat aktif dan mengadakan pelbagai aktiviti melibatkan Proton Savvy seperti TT, konvoi Savvy ke tempat-tempat menarik, serta menarik lebih ramai ahli untuk menyertai SAVOC.Langkah NRU ini turut diikuti ahli kelab di daerah lain seperti Southern (selatan tanah air), Sabah, Sarawak dan pantai Timur. Manakala ahli SAVOC di Central pula terbahagi kepada beberapa tempat seperti kawasan Bangi, Shah Alam, dan Petaling Jaya. Walaupun terbahagi mengikut kawasan dan tempat, tetapi ahli kelab tetap bersatu mengikuti acara-acara besar yang dianjurkan kelab meskipun tempat acara berlangsung agak jauh dari kawasan mereka.Laman www.savoc.net juga saban hari menerima lebih ramai ahli dan pengunjung; berbincang di dalam forum-forum tentang Savvy dan hal-hal lain yang tidak bersangkutan. Oleh kerana itu, server www.savoc.net mengalami masalah trafik disebabkan terlalu ramai pengguna yang cuba untuk log masuk dan mengakses forum dalam masa yang sama. Kerap kali laman web ini tidak dapat dicapai kerana masalah tersebut.Atas inisiatif sendiri, NRU telah melancarkan laman web sendiri iaitu <<http://savoc-nru.syok.org>> (kini www.savocnru.net ) kerana mahu mengurangkan masalah trafik yang dihadapi www.savoc.net, serta memudahkan mereka untuk membuat perbincangan, pengumuman dan pelaporan aktiviti di kawasan utara tanah air. Dengan adanya laman web ini, hubungan kekawanan antara ahli SAVOC lebih erat terjalin kerana ahli dari kawasan lain juga turut mengunjungi laman ini untuk mendapatkan informasi, sekiranya laman utama SAVOC sedang menghadapi masalah.



MOTTO SOVOC
Berpandukan pada motto Friendship Ideas Solution – membina jalinan persahabatan dengan semua pemilik Proton Savvy; menyalurkan idea, cadangan dan pendapat yang boleh memantapkan kereta kesayangan; mencari penyelesaian dan membantu mengatasi masalah-masalah yang dihadapi pemilik pada kereta mereka. Logo SAVOC yang diguna pakai sehingga kini direka oleh peeps sendiri






ACARA ACARA YANG PERNAH DIJALANKAN

KONVOI SAVOC ZON
UTARA KE PANTAI MERDEKA KEDAH







PERTANDINGAN BOWLING SAVOCNRU ZON UTARA DI TAIPING PERAK

















20 May 2011


Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  1. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  2. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  3. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  4. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  5. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  6. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  7. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  8. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  9. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  11. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  12. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  13. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  14. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  15. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  16. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  17. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  18. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  19. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  20. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • jangan melihat buih
    • jangan membaca nama pada batu nisan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  21. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  22. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  23. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  24. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  25. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  26. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  27. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  28. Pelbagaikan tempat belajar.
  29. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  30. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  31. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Jadi  petua-petua di atas mmg sgt berguna kpd smua yg masih lg belajar...Amalkn petua-petua di atas sekiranya anda mahu menjadi seorang pelajar yg berjaya...SELAMAT MENCUBA.

09 March 2011

Perkembangan Terkini Kursus Pemakaian Pangkat Ketua Platun KRS 2011




Segak Bergaya Ketua Platun KRS SMK Tunku Anum Staf Sarjan Muhammad Zulhisyam...akan bersaing merebut anugerah ketua platun terbaik Jun nanti....kita tunggu dan lihat



 








08 March 2011

Imbasan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Kubang Pasu Negeri Kedah 2009


Barisan Jurulatih KRS SMK  Tunku Anum Tunku Abdul Rahman 2009



Formasi Pembukaan KRS Tunku Anum
Di nobatkan Sebagai Johan Kawad Kaki 2009









Gambar kenangan pengurus pasukan bersama bekas ketua platun terbaik KRS putera & puteri


Ketua Platun Terbaik Putera 2009
Pegawai Waren 2 Abdul Rahman



Ketua Platun Terbaik Puteri 2009
Staf Sarjan Erabiatul Syafikah




Pembantu Jurulatih Puteri Che Sue Riyana



Mantan Tuan Pengetua SMK Tunku Anum datang memberikan sokongan kepada pasukan KRS Putera & Puteri.Salam hormat dari kadet putera kepada mantan Tuan Pengetua

Gambar-gambar di atas adalah kenangan bersama pihak sekolah..barisan jurulatih..dan juga para platun kadet krs putera & puteri 2009.Untuk pengetahuan semua SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman yang berada di bawah kendalian barisan jurulatih berpengalaman yang di ketuai oleh paly telah membolot 3 kategori anugerah iaitu menjadi johan kawad kaki peringkat daerah kubang pasu dan layak mewakili daerah untuk ke pertandingan peringkat negeri pula..Pasukan KRS Tunku Anum juga telah membolot anugerah ketua platun terbaik putera & juga puteri.



Ketua Platun KRS Putera 2011
Staf Sarjan Muhammad Zulhisyam









03 February 2011



Rintihan Ayah Bonda


Betapa mata ini berat memandang, anakku
Betapa hati ini hancur bak kaca terhempas di batu
Tatkala melihat dirimu berubah sikap
Corak pakaianmu, mentalitimu dan gaya hidupmu
Sudah jauh berbeza dari dahulu
Malah dirimu seakan tidak kukenali lagi
Ke mana didikan agama yang kuberi
Ke mana nilai kasih sayangmu terhadap keluarga
Ke mana hilangnya warisan ilmu
Adakah disambar kejutan budayamu disana?
Atau sengaja berbuat lupa
Kerana diri rasa cukup hebat
Dan kolot jika dilabel ‘budak baik’
Yang masih mengekalkan kesantunannya?

Betapa air mata ini mengalir kecewa
Pengorbanan ayah ibu bak tak berharga
Segala didikan murni bagai tak pernah dipelajari
Malu mengenangkan arahmu, anakku
Ayah ibu tak pernah mengajarmu begini
Menonton kehidupanmu kini
Hati ini menjerit pilu
Adakah kau masih bertiang agama
Solatmu masihkah cukup lima
Doamu tetapkah mengharapkan redhaNya
Atau sudah lupa menyebut kalimahNya?

Anakku,
Ayah ibu masih mengasihimu
Kasih sayang kami tak boleh dijual beli
Bukankah air yg dicincang tak akan putus
Namun kami tak pernah mengharapkan balasan
Kemewahan atau kebendaan duniawi
Wang ringgit tak akan mengabui mata kami
Takkah kau sedar pengorbanan kami dahulu
Berlinang keringat, darah dan air mata
Kerana sedar anak adalah amanat Allah
Pengorbanan kami memikul tanggungjawab
Utk mendidikmu dgn sempurna
Pendidikan, agama dan akhlak
Bukan sekadar kejayaan mengejar duniawi

Anakku,
Ayah ibu masih menyayangimu
Sekalung doa masih mengiringi diakhir solat
Mulut ini tak jemu berbisik
Memohon kepadaNya agar kau sedar
Hidup ini tak bermakna
Tanpa nur cahaya di dalam jiwa
Ketenangan tak akan kau kecapi
Selagi hayatmu bergelumang dosa
Ketahuilah anakku
Kekecewaan ayah ibu
Bertali arus tak berhenti
Selagi hatimu tak diketuk
Cahaya keinsafan sejati….
Hanya doa-doa sajalah mengiringi kami…


Karya:
Persahabatan

Persahabatan
jambatan siratulrahim
sesama insan kita bajai
perasaan kasih sayang tulus dan suci
seumpama mengasihi diri sendiri...

Persahabatan murni
milikan bererti
harum mewangi bak aroma kasturi
teman menangis jua ketawa
berada di sisi di saat derita
sedia mendengar sanggup membantu
bermanis muka biarpun hiba
pemberi semangat dan harapan
penawar hati penajam fikiran
menyedarkan kita ketika alpa...

Sahabat sejati
ibarat sebutir bintang begermerlapan
di antara jutaan bintang di langit kelam
Jangan biarkan ia malap
peliharalah ia dengan keikhlasan
teguhkan persefahaman
binakan ikatan mesra
moga ia terus bersinar....


Karya:
Anna Abadi® 

27 January 2011

UniFI (High Speed Broadband-HSBB)

About UniFi
How can my business benefit from UniFi?

Time is money. With UniFi, you can now run new applications that will easily increase productivity, improve in sales and marketing areas as well as reduce the overall cost in online operations.

Increased efficiency and productivity

  • Host your own website on your own servers, with fixed IPs
  • Transfer huge files within the organisation easily and speedily
  • Conduct more effective online training and tutorials utilising rich media like Flash, video and more to improve personnel and customer knowledge base
  • Work from home options for employees – as they are able to transfer files of any size, accessing heavy-duty applications, collaborate with colleagues – with the same ease and convenience of working in the office.

Expanded Sales and Marketing channels

  • Augment sales channel online taking advantage of faster and more stable connectivity; by employing more sophisticated e-commerce applications.
  • Real-time monitoring of retail sales and inventory management.
  • Reduce overheads with less sales personnel
  • Explore new market territories with the no geographical limitation

Lower hardware & software investment

  • Increase bandwidth within the company without having to invest in more hardware like routers, terminals, modems
  • Take advantage of hosted applications in the areas of accounting, CRM & supply chain
  • Reduce cost by using online storage, IPVPN+PBX
  • Fast enablement of e-commerce solutions in conducting online payment.



Business Packages

With Internet speeds up to 20Mbps and Phone (Voice service). UniFi will revolutionise the way your business performs

Installation Fee Promotion

Product Features
**WiFi Important Notes
  1. UniFi is a wired high speed broadband service.
  2. UniFi service for Business comprises a dual-play offering of Phone and High Speed Internet.
  3. The wired connection (RJ45 cable) from your desktop PC/laptop to the RG/BG* will ensure that you get OPTIMUM high speed Internet access connectivity.
  4. As an additional benefit for your convenience, the RG/BG also comes with wireless (WiFi) ability, however, if you want to maximise this ability, please observe the following :
    a. position your RG/BG in a central position and minimise any obstacles around it – better still, place your PC/laptop closer to the RG/BG.
    b. reduce the number of users who are accessing the Internet at any one time.
    c. check your PC configurations so that they are configured correctly.
    d. update your firmware or network adapter driver.
    e. upgrade 802.11b/g devices to 802.11n models.
    f. switch off any other wireless electrical/electronic devices to minimise wireless interference.
    g. move your RG/BG off the floor and away from walls & metal objects.
    h. switch off your PC and RG/BG for 30-60 seconds and restart if required.
*RG – Residential Gateway, BG – Business Gateway
Please note once again, the wired connection (RJ 45) cable that is connected
from your desktop PC or laptop to the RG/BG still offers the best Internet bandwidth access
connectivity speed.


Delivering the optimum UniFi experience to your office requires high end equipment, which will be provided by us. All you have to do is provide us with sufficient plug points to power these equipment:

* 1 Year Warranty
** Lifetime Warranty


Optional equipment to enhance your UniFi experience
* 1 Year Warranty


Please navigate to the individual equipment page for further information.

In addition, we also provide optional equipment for you to purchase to further enhance your UniFi experience. Some advantages of using this equipment include less physical cabling, and allows you to easily move your computer. Click here to find out more!

i.CPE Setup Diagram
ii.Installation Guides





Residential Packages
Enjoy triple play advantages of VIP:V Video or Internet Protocol Television (HyppTV)
I High Speed Internet
P Phone (Voice Service)

And discover a whole new world in entertainment, communications and information.


Installation Fee Promotion
Product Features
*The monthly download volume policy will not be implemented until further notice.
**Optimising Internet Access Connectivity
  1. UniFi is a wired high speed broadband service.
  2. UniFi service comprises a triple-play offering of Phone, High Speed Internet and IPTV (HyppTV).
  3. The wired connection (RJ45 cable) from your desktop PC/laptop to the RG/BG* will ensure that you get OPTIMUM high speed Internet access connectivity.
  4. As an additional benefit for your convenience, the RG/BG also comes with wireless (WiFi) ability, however, if you want to maximise this ability, please observe the following :
    a. position your RG/BG in a central position and minimise any obstacles around it – better still, place your PC/laptop closer to the RG/BG.
    b. reduce the number of users who are accessing the Internet at any one time.
    c. check your PC configurations so that they are configured correctly.
    d. update your firmware or network adapter driver.
    e. upgrade 802.11b/g devices to 802.11n models.
    f. switch off any other wireless electrical/electronic devices to minimise wireless interference.
    g. move your RG/BG off the floor and away from walls & metal objects.
    h. switch off your PC and RG/BG for 30-60 seconds and restart if required.
*RG – Residential Gateway, BG – Business Gateway
Please note once again, the wired connection (RJ 45) cable that is connected
from your desktop PC or laptop to the RG/BG still offers the best Internet bandwidth access
connectivity speed.


TM’s UniFi high speed broadband service brings you the world of Video, Internet and Phone for your enjoyment. For easy reference, the packages you see here are termed “V” for Video, “I” for Internet and “P” for Phone, while numbers indicate the download speeds.







* Delivering the optimum UniFi experience to your office requires high-end equipment, which will be provided by us. All you have to do is provide us with sufficient plug points to power these equipment:
* 1 Year Warranty
** Lifetime Warranty



Optional equipment to enhance your UniFi experience:


* 1 Year Warranty




It’s easy to subscribe to the UniFi package of your choice. Just follow one of the following steps:
Online RegistrationTMpoint Registration
Phone RegistrationPartners Registration
Account Manager Registration




   

Find out more


TMSME.BIZ quick-links


Experience the Difference


SIGN UP TODAY


UniFi Promotion!
Subscribe to UniFi service
Understanding your bill
Visit your nearest TMpoint Request technical assistance


Get the latest business insights, tips and advice at TMSME.biz

Latest Business News
Ask The Expert
SME Events
SME Package Recommender



>> Apply Now
>> Visit our TMpoint


Call TM UniFi Center 
1 300 88 1222